Kehidupan awal dan keluarga Ahmad_Zahid_Hamidi

Ahmad Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953,[14][15] dan merupakan anak sulung daripada 9 beradik (tujuh anak lelaki dan dua anak peremupan) dalam keluarganya.[16] Bapanya, Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fatah (87) dan ibunya Allahyarhamah Tuminah Abdul Jalil (81 tahun) berasal dari Kulon Progo dan Ponorogo, Indonesia.[17] Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia pada 1:40 pagi kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Selekoh, Bagan Datoh.

Ibu mertuanya Allahyarhamah Salmah Yahya meninggal dunia di Hospital Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka pada 14 Februari 2011.

Pada 8 Ogos 2014, bapanya Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fateh, 90, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang akibat jangkitan paru-paru di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Solat jenazah di Wangsa Maju diimamkan oleh Sheikh Muhammad Idress Al-Mashrafe.[18]

Pada 22 Disember 2016, adik bongsunya, Ahmad Dzulfikri Hamidi disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Anak perempuan beliau, Nurul Hidayah Ahmad Zahid, merupakan pengacara rancangan TV dan terlibat dengan Rejimen Askar Wataniah sebagai sukarelawan.[19]

Bekas Ahli parlimen PAS Allahyarham Hassan Adli Mohd Arshad merupakan bapa saudaranya. Beliau telah berkahwin dengan Datin Seri Diraja Hamidah Khamis.

Rujukan

WikiPedia: Ahmad_Zahid_Hamidi http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ayah-zah... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.malaysiakini.com/news/243188 http://www.straitstimes.com/breaking-news/se-asia/... http://www.thejakartapost.com/news/2013/03/22/mala... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl...